Assalamualaikum,
Semalam aku lunch sorang sbb ada urusan kat bank. Kemudian pegi makan kat medan selera, orang tgh ramai, so aku tumpang semeja ngan sorang brader yang kejenya driver. Dia lepak situ sambil tunggu boss dia abis meeting.
Memang dah jadi lumrah, profesion driver mcm brader ni akan sentiasa dapat kenalan & kawan borak baru, sbb selalunya dia akan keseorangan sambil tunggu urusan boss dia selesai. So, akulah kawan borak terbaru dia semalam.
Dia cite kat aku, dia penah borak ngan sorang driver teksi & bertanyakan tentang pengalaman brader tu sepanjang bawa teksi. Aku terkejut, brader driver teksi tu cite kat dia, ada sesetengah penumpang perempuan, apabila tak cukup duit untuk bayar tambang, mereka mintak tambang free dengan cara membuka baju. Buka baju... alah... buka baju...! korang paham sendiri la eh.
Selalunya penumpang perempuan warga Indonesia yang cukup berani berbuat begitu. So.. aku tak nak komen panjang. Ini semua pengalaman setiap manusia... Saat aku mendengar cite dari brader ni tentang kisah driver teksi tu, kami bernada sama.. "Haih... macam-macam..."
Monday, February 21, 2011
Tuesday, February 15, 2011
LELAKI BERGELUT DENGAN HARIMAU
Semalam kluar paper seorang penduduk orang asli di Perak bergelut dengan harimau apabila haiwan liar itu menyerangnya ketika beliau sedang memburu. Walau bagaimanapun isterinya berjaya menyelamatkan keadaan apabila lantas memukul kepala harimau itu dengan senduk kayu. Harimau tersebut yang terkejut, terus beredar daripada situ. Mangsa yang parah dikejarkan ke hospital dan difahamkan beliau selamat.
Apapun tindakan berani isterinya memukul kepala harimau tersebut dengan senduk kayu di saat-saat genting itu... GUA RESPECT.
Apapun tindakan berani isterinya memukul kepala harimau tersebut dengan senduk kayu di saat-saat genting itu... GUA RESPECT.
Saturday, February 12, 2011
LUAHAN SENI, SEMANGAT PENUH MEMBAKAR
Assalamualaikum,
"LUAHAN SENI, SEMANGAT PENUH MEMBAKAR"
Tagline ini mewakili usaha aku & rakan-rakan ku An, Koboi & Ayen dalam mengetengahkan bakat kami. Mengenepikan gemuruh disaksikan ramai kenalan & pengunjung RNR Bukit Dukung, Kajang pada malam 11 Februari 2011 sambil diadili rockers2 otai, rangkaian lagu-lagu dendangan Slam "Nur Kasih", Search "Gelora Cintaku" & Wings "Enigma" dipersembahkan oleh kami dengan hanya dua azimat yang dipegang, enjoy on the stage & do the best.
Alhamdulillah, tugas penuh berseni ini berjaya juga dilakukan. Buat rakan-rakanku.. An, Koboi & Ayen.. teruskan perjuangan kita...
LONG LIVE ROCK N' ROLL.
Wednesday, February 9, 2011
PERIHAL MESIR
Assalamualaikum,
Apa yg aku nak cite psl mesir sekarang ni tidaklah tepat untuk dinamakan isu semasa, sbb apa yg aku nak isukan bukan bersifat semasa, tapi dari dulu lagi org dok cite...
Pembayang kepada sebab kenapa aku cakap "dari dulu lagi org dok cite" ialah.. --> Mesir biarlah dengan Mesirnya.. Malaysia tetap Malaysia.
Alhamdulillah, proses membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir sedang berjalan, nilai jutaan ringgit untuk membawa keluar 11,000 rakyat Malaysia di sana bukanlah ukuran, tetapi pada aku itu usaha dan kesanggupan di saat kita sangat-sangat memerlukan.
Mudah-mudahan mereka selamat sampai ke tanahair.
Peace, respect & love.

Tuesday, January 25, 2011
DREAM TO BE A ROCK STAR
Hujung november tahun lepas, aku berkesempatan mencuba nasib untuk menjadi pelakon dalam filem "Search : Meniti Titian" di Mahkota Parade, Melaka. Sampai skang nampak macam tergendala jelajah mencari ujibakat ni, so keputusan siapa yang berjaya masih jadi tanda tanya.
Tolak tepi dulu pasal tu, aku lebih berminat nak cite pasal dugaan yang aku lalui masa ujibakat ni. Cobaan... Yang test aku "The One & Only" Brader Hillary Ang (bekas gitaris Search) dan pelakon Kak Shahriza Mahmud. Saat aku melangkah ke kerusi peserta, aku cuba cool & buat x kisah sbb banyak mata memandang. Aku pasti dorang tgk pasal rambut aku. Mana yg x prasan, dorang ingat aku rambut panjang, padahal rambut palsu beb... Mahal beb gua beli ini wig... Sebab gua mahu rock.
"Ketika sampai giliran, dalam hati gua berkata, gua nak rock itu stage dgn seikhlas hati gua". Alhamdulillah, aku dapat respon positif dari audiens & juri. So, aku tak tahu adakah aku berjaya terpilih atau tidak, itu soal kedua, yang penting aku dah berikan yang terbaik. Kerana pada aku, seorang rocker adalah insan yang berjiwa agresif, segar & bersemangat waja. Semangat ini yang aku sematkan dalam kehidupan aku, kalau aku tak berjaya menjadi rock star satu hari nanti pun, aku akan tetap membawa semangat rocker atau "rock star" dalam sisi kehidupan aku yang lain.
"Rock segar dalam jiwa..."
thanks cik nuyun
First i wish a million thanks to sweetie Cik Nuyun sbb sabar layan kerenah aku. Aku tanya dia tetengah malam ni macam2 benda, camane cara nak kasi lawa blog aku ni. Lawa ke? Ngee.. Member lalok je kasi direction. heheh. Bangang gile aku rasa, payah benor nak mahir setting blog ni, padahal senang je rupanya.. Itupun Cik Nuyun tolong.., kan Cik Nuyun. :) Thanks Nurul.. :), I really appreciate your favor.
Sunday, January 23, 2011
jadi blogger
Salam beb,
Org dah bertahun tulis blog, aku baru nak mula, apasal dulu aku x terfikir eh, haha. Xpe, bak kata org putih 'better late than never'. Zaman remaja aku suka menulis, tulis cerpen & puisi. Rajin aku mengantar kat paper dulu, tp haram satu pun x penah siar. Jadi blog ini akan jadi medan untuk aku menulis kembali. Tapi mungkin bukan cerpen & puisi lagi, sebab aku mahu tulis apa saja yang aku nak tulis. So, tunggu saja lah entri-entri terbaru dari aku untuk santapan minda korang sume. Buat korang member-member yang sudi singgah di laman blog aku ini, aku ucapkan berbanyak terima kasih. Kita jumpa lagi k. Peace.

Subscribe to:
Posts (Atom)