Friday, September 19, 2014

PETANG DI SEPANG..

Assalamualaikum & hye sahabat2 semua..

Terima kasih kepada yang singgah dan sudi baca,

kali terakhir aku menulis pada 2011.. hah 2011?? ni dah 2014 derr.. aterr gatal nak nulis balik pasal aper? blog aku.. suka hati aku ler kan? ko sibuk asal?? :))) xdelahhh... aku boring..., umah tv rosak..., ngadap laptop. Then baca blog orang, then aku sendiri dah lupa yang aku ada blog. Why not.. hidupkan lah balik ruang pujangga ini. Aku harap korang enjoy tulisan aku wlupun aku bukan tukang karut yang bagus.

Di sepang hujan renyai2.. sebenarnya aku tak cukup tido.. tgh nak cari mood nak tido balik semasa tengah , menaip ni. Sambil2 online FB, aku tau ada mesej2 kwn2 yang aku belum balas, terima kasih yang bertanya khabar. Jangan la terasa hati klu aku belum balas, aku tersenyum baca mesej korang. :) Sempat baca je dulu geng, sebenarnya aku sibuk sangat la ni, kerja pun kerja shift kat KLIA2, x tentu jadual, balik pun pukul 8 pagi tadi, sebab aku shift malam. Ada rezeki nanti kita jumpa.

Sampai je umah aku tido kejap, tghari dah terbangun. Bila ptg cenggini.. sambil online aku ada baca sebuah artikel menarik pasal mee maggi. Mee maggi?? waktu petang.. hari pun hujan.. perut pun lapar.. Terus ke dapur.. ada maggiii..  dan telur sebijik dalam plastik. Aku angkat telur tu dah berat, elok lagi ker? aku pecahkan, peh datok bauuu... mujur ada telur baru dalam peti ais. :D :D :D

Lama x makan maggi, makan la maggi... "cepat di masak.. sedap dimakan.." begini lah petang aku sebelum masuk balik keje malam kang.. walaupun penat sikit tapi itu lah rezeki.. syukur Alhamdulillah.. In Shaa Allah.. nanti aku share lagi kalau ada cerita. Kerana ruang pujangga ini adalah dari hati seorang Fadhli. Oh ya, artikel pasal mee maggi yang aku baca tadi korang boleh tengok kat sini. ---> kenangan mee maggi Menarik dan aku setuju jugak dengan fakta mee maggi yang dorang cakap, semua orang Malaysia ada kenangan dengan mee maggi..

Ok gua sambung rest jap, see u guys... :)     

Monday, February 21, 2011

KISAH PEMANDU TEKSI

Assalamualaikum,

Semalam aku lunch sorang sbb ada urusan kat bank. Kemudian pegi makan kat medan selera, orang tgh ramai, so aku tumpang semeja ngan sorang brader yang kejenya driver. Dia lepak situ sambil tunggu boss dia abis meeting.

Memang dah jadi lumrah, profesion driver mcm brader ni akan sentiasa dapat kenalan & kawan borak baru, sbb selalunya dia akan keseorangan sambil tunggu urusan boss dia selesai. So, akulah kawan borak terbaru dia semalam.

Dia cite kat aku, dia penah borak ngan sorang driver teksi & bertanyakan tentang pengalaman brader tu sepanjang bawa teksi. Aku terkejut, brader driver teksi tu cite kat dia, ada sesetengah penumpang perempuan, apabila tak cukup duit untuk bayar tambang, mereka mintak tambang free dengan cara membuka baju. Buka baju... alah... buka baju...! korang paham sendiri la eh.

Selalunya penumpang perempuan warga Indonesia yang cukup berani berbuat begitu. So.. aku tak nak komen panjang. Ini semua pengalaman setiap manusia... Saat aku mendengar cite dari brader ni tentang kisah driver teksi tu, kami bernada sama.. "Haih... macam-macam..."

Tuesday, February 15, 2011

LELAKI BERGELUT DENGAN HARIMAU

Semalam kluar paper seorang penduduk orang asli di Perak bergelut dengan harimau apabila haiwan liar itu menyerangnya ketika beliau sedang memburu. Walau bagaimanapun isterinya berjaya menyelamatkan keadaan apabila lantas memukul kepala harimau itu dengan senduk kayu. Harimau tersebut yang terkejut, terus beredar daripada situ. Mangsa yang parah dikejarkan ke hospital dan difahamkan beliau selamat.

Apapun tindakan berani isterinya memukul kepala harimau tersebut dengan senduk kayu di saat-saat genting itu... GUA RESPECT.

Saturday, February 12, 2011

LUAHAN SENI, SEMANGAT PENUH MEMBAKAR




Assalamualaikum,

"LUAHAN SENI, SEMANGAT PENUH MEMBAKAR"

Tagline ini mewakili usaha aku & rakan-rakan ku An, Koboi & Ayen dalam mengetengahkan bakat kami. Mengenepikan gemuruh disaksikan ramai kenalan & pengunjung RNR Bukit Dukung, Kajang pada malam 11 Februari 2011 sambil diadili rockers2 otai,  rangkaian lagu-lagu dendangan Slam "Nur Kasih", Search "Gelora Cintaku" & Wings "Enigma" dipersembahkan oleh kami dengan hanya dua azimat yang dipegang, enjoy on the stage & do the best.

Alhamdulillah, tugas penuh berseni ini berjaya juga dilakukan. Buat rakan-rakanku.. An, Koboi & Ayen.. teruskan perjuangan kita...

LONG LIVE ROCK N' ROLL.

Wednesday, February 9, 2011

PERIHAL MESIR

Assalamualaikum,

Apa yg aku nak cite psl mesir sekarang ni tidaklah tepat untuk dinamakan isu semasa, sbb apa yg aku nak isukan bukan bersifat semasa, tapi dari dulu lagi org dok cite...

Pembayang kepada sebab kenapa aku cakap "dari dulu lagi org dok cite" ialah.. -->  Mesir biarlah dengan Mesirnya.. Malaysia tetap Malaysia.

Alhamdulillah, proses membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir sedang berjalan, nilai jutaan ringgit untuk membawa keluar 11,000 rakyat Malaysia di sana bukanlah ukuran, tetapi  pada aku itu usaha dan kesanggupan di saat kita sangat-sangat memerlukan.

Mudah-mudahan mereka selamat sampai ke tanahair.

Peace, respect & love.

Tuesday, January 25, 2011

DREAM TO BE A ROCK STAR



Hujung november tahun lepas, aku berkesempatan mencuba nasib untuk menjadi pelakon dalam filem "Search : Meniti Titian" di Mahkota Parade, Melaka. Sampai skang nampak macam tergendala jelajah mencari ujibakat ni, so keputusan siapa yang berjaya masih jadi tanda tanya.

Tolak tepi dulu pasal tu, aku lebih berminat nak cite pasal dugaan yang aku lalui masa ujibakat ni. Cobaan... Yang test aku "The One & Only" Brader Hillary Ang (bekas gitaris Search) dan pelakon Kak Shahriza Mahmud. Saat aku melangkah ke kerusi peserta, aku cuba cool & buat x kisah sbb banyak mata memandang. Aku pasti dorang tgk pasal rambut aku. Mana yg x prasan, dorang ingat aku rambut panjang, padahal rambut palsu beb... Mahal beb gua beli ini wig... Sebab gua mahu rock.

"Ketika sampai giliran, dalam hati gua berkata, gua nak rock itu stage dgn seikhlas hati gua". Alhamdulillah, aku dapat respon positif dari audiens & juri. So, aku tak tahu adakah aku berjaya terpilih atau tidak, itu soal kedua, yang penting aku dah berikan yang terbaik. Kerana pada aku, seorang rocker adalah insan yang berjiwa agresif, segar & bersemangat waja. Semangat ini yang aku sematkan dalam kehidupan aku, kalau aku tak berjaya menjadi rock star satu hari nanti pun, aku akan tetap membawa semangat rocker atau "rock star" dalam sisi kehidupan aku yang lain.

"Rock segar dalam jiwa..."

thanks cik nuyun

First i wish a million thanks to sweetie Cik Nuyun sbb sabar layan kerenah aku.  Aku tanya dia tetengah malam ni macam2 benda, camane cara nak kasi lawa blog aku ni. Lawa ke? Ngee.. Member lalok je kasi direction. heheh. Bangang gile aku rasa, payah benor nak mahir setting blog ni, padahal senang je rupanya.. Itupun Cik Nuyun tolong.., kan Cik Nuyun. :) Thanks Nurul.. :), I really appreciate your favor.