Tuesday, January 25, 2011

DREAM TO BE A ROCK STAR



Hujung november tahun lepas, aku berkesempatan mencuba nasib untuk menjadi pelakon dalam filem "Search : Meniti Titian" di Mahkota Parade, Melaka. Sampai skang nampak macam tergendala jelajah mencari ujibakat ni, so keputusan siapa yang berjaya masih jadi tanda tanya.

Tolak tepi dulu pasal tu, aku lebih berminat nak cite pasal dugaan yang aku lalui masa ujibakat ni. Cobaan... Yang test aku "The One & Only" Brader Hillary Ang (bekas gitaris Search) dan pelakon Kak Shahriza Mahmud. Saat aku melangkah ke kerusi peserta, aku cuba cool & buat x kisah sbb banyak mata memandang. Aku pasti dorang tgk pasal rambut aku. Mana yg x prasan, dorang ingat aku rambut panjang, padahal rambut palsu beb... Mahal beb gua beli ini wig... Sebab gua mahu rock.

"Ketika sampai giliran, dalam hati gua berkata, gua nak rock itu stage dgn seikhlas hati gua". Alhamdulillah, aku dapat respon positif dari audiens & juri. So, aku tak tahu adakah aku berjaya terpilih atau tidak, itu soal kedua, yang penting aku dah berikan yang terbaik. Kerana pada aku, seorang rocker adalah insan yang berjiwa agresif, segar & bersemangat waja. Semangat ini yang aku sematkan dalam kehidupan aku, kalau aku tak berjaya menjadi rock star satu hari nanti pun, aku akan tetap membawa semangat rocker atau "rock star" dalam sisi kehidupan aku yang lain.

"Rock segar dalam jiwa..."

No comments:

Post a Comment