Monday, February 21, 2011

KISAH PEMANDU TEKSI

Assalamualaikum,

Semalam aku lunch sorang sbb ada urusan kat bank. Kemudian pegi makan kat medan selera, orang tgh ramai, so aku tumpang semeja ngan sorang brader yang kejenya driver. Dia lepak situ sambil tunggu boss dia abis meeting.

Memang dah jadi lumrah, profesion driver mcm brader ni akan sentiasa dapat kenalan & kawan borak baru, sbb selalunya dia akan keseorangan sambil tunggu urusan boss dia selesai. So, akulah kawan borak terbaru dia semalam.

Dia cite kat aku, dia penah borak ngan sorang driver teksi & bertanyakan tentang pengalaman brader tu sepanjang bawa teksi. Aku terkejut, brader driver teksi tu cite kat dia, ada sesetengah penumpang perempuan, apabila tak cukup duit untuk bayar tambang, mereka mintak tambang free dengan cara membuka baju. Buka baju... alah... buka baju...! korang paham sendiri la eh.

Selalunya penumpang perempuan warga Indonesia yang cukup berani berbuat begitu. So.. aku tak nak komen panjang. Ini semua pengalaman setiap manusia... Saat aku mendengar cite dari brader ni tentang kisah driver teksi tu, kami bernada sama.. "Haih... macam-macam..."

Tuesday, February 15, 2011

LELAKI BERGELUT DENGAN HARIMAU

Semalam kluar paper seorang penduduk orang asli di Perak bergelut dengan harimau apabila haiwan liar itu menyerangnya ketika beliau sedang memburu. Walau bagaimanapun isterinya berjaya menyelamatkan keadaan apabila lantas memukul kepala harimau itu dengan senduk kayu. Harimau tersebut yang terkejut, terus beredar daripada situ. Mangsa yang parah dikejarkan ke hospital dan difahamkan beliau selamat.

Apapun tindakan berani isterinya memukul kepala harimau tersebut dengan senduk kayu di saat-saat genting itu... GUA RESPECT.

Saturday, February 12, 2011

LUAHAN SENI, SEMANGAT PENUH MEMBAKAR




Assalamualaikum,

"LUAHAN SENI, SEMANGAT PENUH MEMBAKAR"

Tagline ini mewakili usaha aku & rakan-rakan ku An, Koboi & Ayen dalam mengetengahkan bakat kami. Mengenepikan gemuruh disaksikan ramai kenalan & pengunjung RNR Bukit Dukung, Kajang pada malam 11 Februari 2011 sambil diadili rockers2 otai,  rangkaian lagu-lagu dendangan Slam "Nur Kasih", Search "Gelora Cintaku" & Wings "Enigma" dipersembahkan oleh kami dengan hanya dua azimat yang dipegang, enjoy on the stage & do the best.

Alhamdulillah, tugas penuh berseni ini berjaya juga dilakukan. Buat rakan-rakanku.. An, Koboi & Ayen.. teruskan perjuangan kita...

LONG LIVE ROCK N' ROLL.

Wednesday, February 9, 2011

PERIHAL MESIR

Assalamualaikum,

Apa yg aku nak cite psl mesir sekarang ni tidaklah tepat untuk dinamakan isu semasa, sbb apa yg aku nak isukan bukan bersifat semasa, tapi dari dulu lagi org dok cite...

Pembayang kepada sebab kenapa aku cakap "dari dulu lagi org dok cite" ialah.. -->  Mesir biarlah dengan Mesirnya.. Malaysia tetap Malaysia.

Alhamdulillah, proses membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir sedang berjalan, nilai jutaan ringgit untuk membawa keluar 11,000 rakyat Malaysia di sana bukanlah ukuran, tetapi  pada aku itu usaha dan kesanggupan di saat kita sangat-sangat memerlukan.

Mudah-mudahan mereka selamat sampai ke tanahair.

Peace, respect & love.