Tuesday, January 25, 2011

DREAM TO BE A ROCK STAR



Hujung november tahun lepas, aku berkesempatan mencuba nasib untuk menjadi pelakon dalam filem "Search : Meniti Titian" di Mahkota Parade, Melaka. Sampai skang nampak macam tergendala jelajah mencari ujibakat ni, so keputusan siapa yang berjaya masih jadi tanda tanya.

Tolak tepi dulu pasal tu, aku lebih berminat nak cite pasal dugaan yang aku lalui masa ujibakat ni. Cobaan... Yang test aku "The One & Only" Brader Hillary Ang (bekas gitaris Search) dan pelakon Kak Shahriza Mahmud. Saat aku melangkah ke kerusi peserta, aku cuba cool & buat x kisah sbb banyak mata memandang. Aku pasti dorang tgk pasal rambut aku. Mana yg x prasan, dorang ingat aku rambut panjang, padahal rambut palsu beb... Mahal beb gua beli ini wig... Sebab gua mahu rock.

"Ketika sampai giliran, dalam hati gua berkata, gua nak rock itu stage dgn seikhlas hati gua". Alhamdulillah, aku dapat respon positif dari audiens & juri. So, aku tak tahu adakah aku berjaya terpilih atau tidak, itu soal kedua, yang penting aku dah berikan yang terbaik. Kerana pada aku, seorang rocker adalah insan yang berjiwa agresif, segar & bersemangat waja. Semangat ini yang aku sematkan dalam kehidupan aku, kalau aku tak berjaya menjadi rock star satu hari nanti pun, aku akan tetap membawa semangat rocker atau "rock star" dalam sisi kehidupan aku yang lain.

"Rock segar dalam jiwa..."

thanks cik nuyun

First i wish a million thanks to sweetie Cik Nuyun sbb sabar layan kerenah aku.  Aku tanya dia tetengah malam ni macam2 benda, camane cara nak kasi lawa blog aku ni. Lawa ke? Ngee.. Member lalok je kasi direction. heheh. Bangang gile aku rasa, payah benor nak mahir setting blog ni, padahal senang je rupanya.. Itupun Cik Nuyun tolong.., kan Cik Nuyun. :) Thanks Nurul.. :), I really appreciate your favor. 

Sunday, January 23, 2011

jadi blogger

Salam beb,

Org dah bertahun tulis blog, aku baru nak mula, apasal dulu aku x terfikir eh, haha. Xpe, bak kata org putih 'better late than never'. Zaman remaja aku suka menulis, tulis cerpen & puisi. Rajin aku mengantar kat paper dulu, tp haram satu pun x penah siar. Jadi blog ini akan jadi medan untuk aku menulis kembali. Tapi mungkin bukan cerpen & puisi lagi, sebab aku mahu tulis apa saja yang aku nak tulis. So, tunggu saja lah entri-entri terbaru dari aku untuk santapan minda korang sume. Buat korang member-member yang sudi singgah di laman blog aku ini, aku ucapkan berbanyak terima kasih. Kita jumpa lagi k. Peace.